kekadang aku rasa serik untuk teruskan semua itu.
sebab hati aku bukannya hati batu.
tapi sedangkan batu kalau dibadai ombak juga turut terhakis.
macam2 badai melanda.
semuanya hendak menduga.
tapi hanya satu!
hanya satu!
satu saja aku mahu kau tahu!
hati ini.
hati ini.
kau pegang ini.
hati ini!
ya!
hati ini!
biar berjuta kawan yang hadir.
kau tak akan sesekali tersingkir.
malah kau yang teratas dalam carta.
kerna kau sahaja yang bertakhta.
tapi kau sering terasa mengapa aku tidak menyapa?
dibiar saja tanpa khabar berita.
sms sepi tanpa balasan.
panggilan sunyi tiada jawapan.
ini aku nak cerita.
adakalanya memang benar aku tiada masa.
tapi ada juga yang aku sengaja biarkan.
kerana makin ku tahan, terasa lagi kuat perasaan.
bertambah rindu.
bertambah sayang.
maaf sekali lagi.
tapi kau harus mengerti.
ya!
aku juga mengerti!
kau sayang diri ini.
kau risau diri ini.
kau tidak mahu sejarah berulang kembali.
itu dulu.
aku tidak mahu tahu.
yang pasti aku bukan dia.
aku mahu kau tahu itu.
jangan sesekali kau tanya lagi.
sebab jawapan aku tidak akan berganti.
andai bisa aku tunjuk hati ini.
akan aku tunjuk sebagai bukti.
tak perlu aku katakan lagi.
seharusnya kau sudah yakin lagi pasti.
sudah dikhabar dari dulu lagi.
cinta aku bukan untuk diucap dan dizahir.
tapi hati yang lahir.
jiwa yang hadir.
sabar itu indah.
bila tiba masa dan ketika.
kau akan mengerti mengapa aku kata begini.
semuanya hanya kerana aku mahu suami aku bukan sekadar mendapat seorang isteri.
tapi hati seorang isteri yang tidak berbelah bahagi.
insyallah
0 comments:
Post a Comment